Thursday 19 February 2015

Jawapan Bagi Soalan Tajwid #1

Assalamualaikum anak-anak... Hari ini saya akan kongsikan jawapan pada soalan yang lepas.

Soalan:
1) Apakah pengertian mad wajib muttasil?

2) Berapakah kadar bacaan mad wajib muttasil?

3) Berikan tiga(3) misal mad wajib muttasil

4) Apakah hukum bacaan mad wajib muttasil?

Jawapan:
1)Pengertian Mad Wajib Muttasil ialah apabila berhimpun huruf mad dan hamzah dalam satu kalimah.

2) Kadar bacaan Mad Wajib Muttasil ialah empat atau lima harkat sahaja.

3) Tiga contoh Mad Wajib Muttasil ialah   مَآءٍ مِنْ   , خَيْرُالنِّسَآءِ   , نَآئِمُوْنَ وَهُمْ

4) Hukum bacaan Mad Wajib Muttasil ialah wajib dibaca empat atau lima harkat.


Thursday 12 February 2015

CONTOH SOALAN TAJWID #1

Assalamualaikum wbt........Hari ini saya ingin berkongsi beberapa soalan tajwid mengikut format peperiksaan yang sebenar, semoga dengan perkongsian ini dapat kita sama-sama mengukuhkan lagi ilmu untuk menghadapi ujian prestasi 1 tidak lama lagi.........semoga anda semua dapat menjawab dan saya akan memberi jawapan yang mengikut skema yang sebenar...selamat mencuba

Soalan:
1) Apakah pengertian mad wajib muttasil?
2) Berapakah kadar bacaan mad wajib muttasil?
3) Berikan tiga(3) misal mad wajib muttasil
4) Apakah hukum bacaan mad wajib muttasil?





Tuesday 3 February 2015

Daripada potongan ayat Al-Quran di bawah cuba pelajar keluarkan misal yang terdapat hukum mad wajib nuttasil...selamat mencuba

Image result for mad wajib muttasil

Assalamualaikum semua, diharap semuanya sihat dan sentiasa dibawah keberkatan yang Maha Esa, Alhamdulillah saya sudah memberi tiga nota untuk tatapan para pelajar yang dikasihi...selepas ini saya akan memberi sedikit latihan untuk memperkukuhkan lagi ilmu tajwid pelajar yang disayangi..

Monday 2 February 2015

Hukum Mad Part 3 : Mad 'Iwadh



Mad 'Iwadh adalah mad yg dibaca panjang (2 harakat) sebagai ganti kepada
 tanwin berbaris atas ketika waqaf.

Hukum Mad 'Iwadh ni bermula dengan ciri-cirinya..


Pengenalan Mad 'Iwadh :

  • Mad 'Iwadh hanya berlaku ketika berhenti/mewaqafkan bacaan SAHAJA.
  • Mad 'Iwadh hanya berlaku pada tanwin berbaris atas SAHAJA.


Contoh-Contoh Mad 'Iwadh :


















Tempat yg dibulatkan adalah dimana berlakunya Mad 'Iwadh..

Dan di bawah pula adalah keadaan Mad 'Iwadh yang kerap berlaku
 kekeliruan dikalangan pembaca..















Pada perkataan yang mempunyai tanda bujur warna biru adalah
 diantara bentuk
 Mad 'Iwadh yg biasanya berlaku kekeliruan..

Kebanyakan pembaca terkeliru kerana huruf Hamzah bertanwin
baris atas di situ tidak mempunyai Alif selepasnya seperti kebiasaan..
Tapi hakikatnya ia tetap dibaca dengan menukarkan bacaan tanwin
kepada bacaan panjang kadar 2 harakat (Mad 'Iwadh)..


MAD WAJIB MUNFASIL

Mad Munfasil : mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan
 huruf hamzah dalam dua perkataan yang berlainan. Munfasil bererti bercerai.

Dapat dikenali dengan adanya tanda panjang ( ) di atas huruf mad.

Kadar bacaan:
diseragamkan dengan panjang harakat mad mutassil ketika wasal (4 atau 5 harakat).






Nota:

Kesukaran orang awam untuk membezakan hukum mad mutassil dan mad 
munfasil adalah sebab utama mengapa orang awam harus membaca mad 
munfasil mengikut toriq asy-Syatibiyyah.

Seringkali terjadi orang awam melakukan kesilapan dengan membaca mad 
mutassil dengan 2 harakat kerana keliru dengan toriq Al-Jazariyyah yang 
membaca mad munfasil dengan 2 harakat; sedangkan toriq Al-Jazariyyah
 membaca mad mutassil dengan 4 harakat ketika wasal dan 4 atau 6 
harakat ketika waqaf.

Toriq Al-Jazariyyah seharusnya hanya dibaca oleh mereka yang mahir 
dan tahu membezakan mad mutassil dan mad munfasil. Di samping itu,
 toriq Al-Jazariyyah mempunyai hukum yang berbeza di dalam membaca
 ayat-ayat gharib dan musykilat.