Thursday 19 February 2015

Jawapan Bagi Soalan Tajwid #1

Assalamualaikum anak-anak... Hari ini saya akan kongsikan jawapan pada soalan yang lepas.

Soalan:
1) Apakah pengertian mad wajib muttasil?

2) Berapakah kadar bacaan mad wajib muttasil?

3) Berikan tiga(3) misal mad wajib muttasil

4) Apakah hukum bacaan mad wajib muttasil?

Jawapan:
1)Pengertian Mad Wajib Muttasil ialah apabila berhimpun huruf mad dan hamzah dalam satu kalimah.

2) Kadar bacaan Mad Wajib Muttasil ialah empat atau lima harkat sahaja.

3) Tiga contoh Mad Wajib Muttasil ialah   مَآءٍ مِنْ   , خَيْرُالنِّسَآءِ   , نَآئِمُوْنَ وَهُمْ

4) Hukum bacaan Mad Wajib Muttasil ialah wajib dibaca empat atau lima harkat.


No comments:

Post a Comment