Monday, 16 March 2015

TAJUK YANG KETIGA

Image result for mad aridh lissukun


Mad Arid Lissukun  : Mad Arid Lissukun  ialah mad yang terjadi di akhir 
ayat apabila huruf terakhir dibaca dengan baris sukun (sukun mendatang) 
dan terdapat salah satu mad asli sebelum sukun arid tersebut.  
Kadar bacaannya: 2, 4 atau 6 harakat.  Sekiranya tidak di waqafkan,
 tetap menjadi mad asli atau mad tabi’i. 

‘Aridh bererti mendatang; lis sukun bererti disebabkan sukun. 

Kadar bacaannya: 2, 4 atau 6 harakat diseragamkan. 

Sekiranya tidak di waqafkan, dibaca mengikut hukum mad asli.

SURAH-ALFATIHAH
Saya ambil contoh pada surah Al-Fatihah. Rasanya lebih mudah sebab anak-anak
 mesti sudah hafal surah ini.

Yang bahagian sy highlight adalah di mana berlaku Mad Aridh Lissukun. 

Boleh perhatikan setiap huruf akhir sebelumnya ada huruf mad.(ا و دان ي)

Bila kita waqafkan atau berhenti, Kita akan datangkan sukun/mati pada huruf terakhir tu. 
(Yang mana asalnya berbaris)

Itulah maksudnya huruf mad bertemu dengan sukun yg kita datangkan ketika waqaf.

Kalau wasal macam mana? Baca macam mad asli sahaja.
SELAMAT MENUNTUT ILMU ANAK-ANAK.....

2 comments:

  1. Penjelasan dan penerangan yang menarik dan mudah difahami. Teruskan usaha ustazah.

    ReplyDelete
  2. Penjelasan dan penerangan yang menarik dan mudah difahami. Teruskan usaha ustazah.

    ReplyDelete